Isnin, November 02, 2009

soal masa

Abang orang sini ke?

"kenapa?saya nampak macam orang mana?saya memang asal orang sini"

Owh..takde lah muka familiar.

"owh..abang kalau awak tak jumpa dalam majalah, mesti awak jumpa kat Pasir gudang kot..ada?"

( Aku fikir mungkin dia antara pelanggan di Pasir Gudang )

"Emmm..eh taklah....Abang ada pergi kursus kawin baru-baru ni?Macam jumpa kat situlah"


Hoiiii...!!!

MORAL: JIKA ANDA PUNYA KAMPUNG HALAMAN, BIARKAN DIRI ANDA TIDAK SAMPAI DILUPAKAN

Ahad, November 01, 2009

apa yang Relevan SIRI 1

Persoalan

1 Kenapa sekarang tak macam 3-4 tahun lepas, yang mana kat mana laman social networking Friendster,Myspace, Hi-5 etc..mesti orang berebut nak amil gambar HP Sendiri dengan TAG Tajuk MY NEW HUBBY/WIFE.

2 Kalau 8 tahun dahulu Tajuk Hot/Score SPM Bla...++ adalah KESAN PENGUNAAN INTERNET KEPADA GENERASI AKAN DATANG.BINCANGKAN.
Agak-agak korang Tajuk sebegitu Relevan tak untuk budak-budak SPM sekarang, memandangkan Sistem pengiraan Merit telah diubah sekali lagi.Ada sesiapa disini yang guru karangan B.Melayu?

Rabu, Oktober 21, 2009

2 fasa ke arah faza?

Tiba-tiba aku rasa sangat sunyi..suasana seperti rumah mayat

......................................

Nak..
Nak!!!

"jangan macam Hagemaru boleh tak?"



Fitrah kanak-kanak berkehendak,
Fitrah dewasa berkeinginan.
Kehendak dan Keinginan...

Isnin, Oktober 12, 2009

Salam YB

Taniah untuk 8,013 undi di Bagan Lalang, sila berkhidmat kepada rakyat dengan baik, sebagai tambahan aku bagikan 3 Tips kepada yang berhormat Jika Yang Berhormat Melawat Blog ini.Sekian.

bedasarkan suasana di P156 Parlimen Kota Tinggi dengan pengkhususan Dun Pengerang.


Jika anda menjadi YB disini:



1. SILA pastikan disini disediakan suatu yang bersifat "attractive" yang secara Fiziknya dapat memaksa seseorang melakukan/bergerak ke sini.Kesian...aku tahu mereka disini dahagakan keseronakan kerana mereka terpaksa memasang Mp3 berentak RnB dengan kuat atau membiarkan Ringtone pesanan Sms mereka terpasang dengan kuat, yang paling popular aku dengar lagu Krazy ahh~~ dan agak menyedihkan kalau kau terpaksa melihat sekumpulan 6 lelaki berkumpul berlaga bahu melihat klip video tecktonik di Telefon bimbit mereka secara berkumpulan dan serentak, dan mujur mereka tidak membuat sesi latihan selepas itu dihadapan salon milik seorang wanita muda bersuamikan 2 lelaki.

2. SILA pastikan apabila kamu menganjurkan Majlis Rumah Terbuka yang tidak kiralah bertemakan 1 MALAYSIA atau ____ minta disaring dan diberi taklimat latihan kepada Belia-belia dan mat-mat rempit yang diberikan pakaian Baju Melayu sedondon tadi, agar mereka lebih cekal, tabah dan sabar melayan tetamu dan jemputan.Nama pun rumah terBUKA kan?kan?

3. SILA pastikan Track laluan berjoging BERSIH DAN DISELENGARA DENGAN SEMPURNA, TIDAK DIPENUHI RANTING, DAUN KERING, NYAMUK dan diceroboh masuk lelaki bermotosikal digendongnya anak gadis bertudung.

Ahad, Oktober 11, 2009

1.5km


Gerak laju hati melangkah,
Menyapa rumput, dan jarang-jarang tersapa biawak yang menerjah,
Dalam 1.5km perjalanan
Tiada yang ingin bermesra kecuali ditemani Putera matahari, dan Puteri bulan
Sehingga terpancul persoalan "siapa Putera Siapa Puteri?"
dengan gendongan bak memikul Gunung tertinggi jawa Mahameru itu,
diperkuatkan tekad dengan layanan khayalan yang segalanya pasti berlalu...

disepak-sepak angin sambil bersiul dan berhembus asap berselang dengan helaan nafas cungap..fuh..fuh..huh...
selama 1.5km perjalanan
Banyak yang difikirkan, disoalkan dan dijawap dengan
Ahh~~ biarkan..
mudah

Catatan Lama

Blogger Template by Blogcrowds